Anniversary Contest

Awak peminat setia koleksi Humaira DesignⓇ? Jom sertai peraduan " Celebration 14th Anniversary of Humaira DesignⓇ " yang diadakan selama sebulan
bermula 1 Ogos 2019 sehingga 30 Ogos 2019

 

TERMA & SYARAT PERADUAN

Tarikh Tutup Penyertaan 

30 Ogos 2019 jam 12.00 tengahari

 

 

Penganjur & Tempoh Peraduan

  1. Peraduan  " Celebration 14th Anniversary of Humaira DesignⓇ " dibuka kepada semua warga Malaysia kecuali kakitangan Humaira DesignⓇ Marketing Sdn. Bhd, anak syarikat, pembekal dan pemborong, serta anggota keluarga terdekat masing-masing ( anak, ibu bapa, abang, kakak, adik dan pasangan).
  2. Peraduan ini dijalankan selama sebulan bermula dari 01 Ogos 2019 dan berakhir pada 30 Ogos 2019 jam 12.00 tengahari.
  3. Pihak penganjur berhak menurut budi bicara mutlaknya untuk mengubah, menangguhkan, menjadualkan semula dan melanjutkan tempoh peraduan  serta membatalkan atau menamatkan peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan secara automatik akan terbatal.

Pengumuman Pemenang: 

  1. Pada 6 September ( Jumaat ) jam 3.00 petang. 
  2. Pemenang akan diumumkan secara langsung ( Live ) di laman Facebook rasmi “ Humaira DesignⓇ ”
  3. Pemenang dikira berdasarkan “ Cabutan Bertuah “. Jika nombor resit peserta dicabut dan dibaca semasa Live, pemenang perlu memberi komen “ saya adalah pemenang ” untuk urusan tuntutan hadiah. 
  4. Cabutan bertuah akan dicabut serta dibaca bermula daripada pemenang ke sepuluh dan berakhir dengan pemenang hadiah utama. Pemenang akan diberi masa dua minit sahaja untuk respon. Jika gagal, pihak penganjur akan mencabut dan memilih pemenang lain. 

Kriteria Kelayakan & Penghantaran Penyertaan

  1. Setiap pembelian minimum 3 helai mana-mana koleksi Humaira DesignⓇ di cawangan Penang, Perak dan Bangi Sentral ( pembelian di butik dan atas talian ) dalam satu resit pembayaran akan melayakkan anda untuk menyertai peraduan “Cabutan Bertuah”.
  2. Setiap peserta layak untuk menghantar lebih daripada satu penyertaan. Contohnya jika anda membeli 6 helai mana-mana koleksi Humaira DesignⓇ dalam dua resit pembayaran yang berbeza. Anda layak menghantar dua penyertaan ( setiap resit pembayaran mestilah mewakili pembelian minimum 3 helai mana-mana koleksi HD). 
  3.  Like dan komen pengalaman terbaik anda mengapa memilih t shirt Muslimah Humaira Design®️ di Facebook. Sila maklumkan juga no resit pembelian anda di akhir komen ( pembelian di butik dan atas talian ).
  4.  Tag 3 rakan, guna #HUMAIRADESIGN_14YEARS & Share di Facebook anda (set "Public") 
  5. Untuk setiap penyertaan yang diterima, nombor cabutan bertuah adalah berdasarkan nombor resit ( pembelian di butik dan atas talian ). Sila simpan resit pembayaran sebagai bukti semasa tuntutan hadiah. 
  6. Salinan fotostat resit pembayaran adalah tidak dibenarkan atau tidak diterima. 
  7. Semua resit pembayaran yang telah dihantar sebagai peraduan adalah tertakluk kepada pengesahan penganjur. 
  8. Setiap resit pembayaran yang dikemukakan mesti lengkap dengan butir-butir ( nama & nombor telefon) yang dikehendaki. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan secara automatik penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca, rosak serta penyertaan lewat.
  9. Atas budi bicara mutlak, penganjur berhak untuk menolak, membatalkan atau menyingkirkan mana-mana penyertaan tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan sekiranya peserta tidak mematuhi terma & syarat peraduan.
  10. Untuk setiap penyertaan yang diterima, nombor cabutan bertuah adalah berdasarkan nombor resit ( pembelian di butik dan atas talian ). Sila simpan resit pembayaran sebagai bukti semasa tuntutan hadiah.  nombor  resit ( pembelian di butik dan atas talian ). Sila simpan resit pembayaran sebagai bukti semasa tuntutan hadiah. 
  11. Segala keputusan adalah muktamad.

Hadiah Untuk Pemenang

Tempat Pertama  

  • Philips Steam Generator iron yang bernilai RM1600 x 1 pemenang

Tempat Kedua

  • Noxxa Multifunctional Pressure Cooker  yang bernilai RM 800 x 2 pemenang

Tempat Ketiga 

  • Set Tupperware yang bernilai RM200 x 6 pemenang

Tempat Saguhati

  • Baucer Diskaun 30% dengan pembelian maksimum 3 helai mana-mana koleksi Humaira DesignⓇ x 15 pemenang

Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Semua hadiah mesti dituntut daripada penganjur dalam masa 3 (tiga) hari dari tarikh pemenang diumumkan. Semua  hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.
  2. Pemenang mesti mematuhi terma & syarat pihak yang mengatur atau menyediakan hadiah. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah mereka sekiranya pemenang tidak mematuhi terma & syarat peraduan.
  3. Iklan Terma & Syarat peraduan akan dipaparkan di laman rasmi Humaira DesignⓇ di http://bit.ly/HDBP-AnniversaryContest ( Cawangan Penang ), http://bit.ly/HDTM-AnniversaryContest ( Cawangan Tanjung Malim, Perak ) & https://linktr.ee/HDBS ( Cawangan Bangi Sentral ).
  4. Gambar hadiah yang ditunjukkan pada poster peraduan adalah untuk tujuan gambaran sahaja. Hadiah sebenar mungkin berbeza. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tertakluk kepada terma & syarat hadiah yang akan disertakan dengan hadiah dan dinyatakan dalam surat pengakuan pemenang.
  5. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi atau sebarang kos lain, yuran dan perbelanjaan yang berkaitan untuk menyertai peraduan serta menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

Hak Penganjur

  1. Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.
  2. Untuk pertanyaan lanjut mengenai peraduan, sila hubungi Humaira DesignⓇ cawangan Penang di talian 04-5485813 ( 9.00 pagi - 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum) atau kunjung http://bit.ly/HDBP-AnniversaryContest ( Cawangan Penang ), http://bit.ly/HDTM-AnniversaryContest ( Cawangan Tanjung Malim, Perak ) & https://linktr.ee/HDBS ( Cawangan Bangi Sentral ).